“Pertanian sebagai sektor yang stabil, relevan dan berinovasi yang menjadi katalis kepada revolusi dan kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat mencakupi pemerkasaan sekuriti dn nutrisi makanan”
VISI KEDAH 2035
“Kedah Sejahtera dan Berdaya Huni”
MISI KEDAH 2035
“Transformasi pembangunan ekonomi negeri dengan mengabil kira faktor ekonomi, rakyat dan alam sekitar ke arah menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi melalui pembangunan ekonomi yang holistik serta berpendapatan dengan ekosistem sosial, budaya dan agama menjelang tahun 2035”
Sektor pertanian yang stabil,
relevan dan berinovasi
Melalui pelbagai inisiatif atau strategi
yang meliputi keseluruhan
rantaian termasuk pemudahcaraan
perniagaan, kemajuan teknologi dan
rantaian nilai secara optimum
Asas kepada kesejahteraan
rakyat dan keterangkuman dalam
pembangunan sektor
Penekanan dalam meningkatkan
kualiti taraf kehidupan, daya tarikan
sektor pertanian dan mengimbangi
pengagihan kekayaan dan
pembangunan merentasi seluruh
negeri
Katalis ke arah suatu sistem makanan yang terjamin serta ketersediaan menghadapi perubahan iklim
Pertanian dan sistem makanan yang mampan supaya pembangunan sektor agro makanan tidak menjejaskan alam sekitar
Perlaksanaan Program Pemetaan Sektor Pertanian dan Perladangan adalah untuk mengaplikasi sistem maklumat geografi atau GIS (𝐺𝑒𝑜𝑔𝑟𝑎𝑝ℎ𝑖𝑐 𝐼𝑛𝑓𝑜𝑟𝑚𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑆𝑦𝑠𝑡𝑒𝑚) di dalam pentadbiran, pengurusan dan perancangan gunatanah bagi maksud pertanian dan perladangan.
Idea (iTernak) untuk mengintegrasikan data ini adalah selaras dengan kemudahan teknologi sedia ada, 𝐾𝑒𝑑𝑎ℎ 𝐶𝑎𝑠ℎ𝑙𝑒𝑠𝑠 dan teknologi hijau bagi mengurangkan penggunaan borang cetak yang banyak (𝑝𝑎𝑝𝑒𝑟𝑙𝑒𝑠𝑠). Sistem iTERNAK ini berfungsi memudahkan pengguna dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam menjalankan proses pendaftaran kerbau lembu dan kutipan hasil dengan cekap secara sistematik.
Objektif utama perlaksanaan inovasi Sistem Maklumat Subsektor Padi Beras Kedah (PadiKedah) adalah untuk mengaplikasi penggunaan ICT, sistem maklumat geografi atau GIS (𝐺𝑒𝑜𝑔𝑟𝑎𝑝ℎ𝑖𝑐 𝐼𝑛𝑓𝑜𝑟𝑚𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑆𝑦𝑠𝑡𝑒𝑚) di dalam pentadbiran, pengurusan dan perancangan gunatanah bagi maksud pertanian di bawah subsektor padi beras.