OBJEKTIF

Kedah agro hub 2035

Menjadikan ia sebagai pangkalan rujukan data berpusat utama untuk kegunaan pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta serta rakyat. Ia membolehkan perkongsian data secara map services di antara jabatan-jabatan berkaitan.

Pangkalan Data Berpusat

Menjadikan ia sebagai pangkalan rujukan data berpusat utama untuk kegunaan pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta serta rakyat. membolehkan perkongsian data secara map services di antara jabatan-jabatan berkaitan.

Penglibatan πΆπ‘Ÿπ‘œπ‘€π‘‘π‘ π‘œπ‘’π‘Ÿπ‘π‘–π‘›π‘”

Penglibatan agensi serta jabatan dan input daripada pelbagai lapisan masyarakat (π‘π‘Ÿπ‘œπ‘€π‘‘π‘ π‘œπ‘’π‘Ÿπ‘π‘–π‘›π‘”) dikenalpasti sebagai kaedah terkini bagi mendapatkan sesuatu maklumat dengan lebih pantas.

Platform "𝐡𝑖𝑔 π·π‘Žπ‘‘π‘Ž"

Sistem atau aplikasi ini dinamakan Kedah Agro Hub 2035 (KAH2035) akan bertindak sebagai β€œπ΅π‘–π‘” π·π‘Žπ‘‘π‘Žβ€ platform sektor pertanian dan perladangan di Kedah.

IMPAK

Pelaksanaan program aplikasi peta atas talian telah memberi impak kepada perkembangan penggunaan teknologi GIS sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penggunaan aplikasi ini telah memberi satu dimensi baharu dengan kebolehan pengguna untuk visualisasi maklumat-maklumat geospatial sesuai dengan bidang masing-masing.

PENJIMATAN KOS PEMBAGUNAN SISTEM GIS
Teknologi 𝐺𝐼𝑆 adalah dari segi kos perisian yang tinggi. Dengan menggunakan aplikasi ini, jabatan dapat mengakses dan menggunakan maklumat-maklumat geospatial secara atas talian menggunakan pelayar internet dengan kos yang amat minimum
PENJIMATAN MASA
Dengan maklumat - maklumat yang telah diintegrasikan dalam satu aplikasi, pengguna tidak lagi perlu mendapatkan maklumat-maklumat tersebut dari satu jabatan ke jabatan yang lain. Maklumat yang diperlukan boleh diakses dan dicetak untuk tujuan penyediaan laporan.
MENGELAKKAN PERTINDIHAN KERJA DAN DATA
Pembangunan data hanya dilakukan oleh custodian sahaja dan dikongsi dengan pengguna lain dapat mengelakkan duplikasi dalam pengumpulan dan pembangunan data. Memastikan semua pengguna menggunakan set data yang sama dan boleh dipercayai.
SEKURITI DAN KAWALAN BENCANA
Sekuriti atau keterjaminan makanan bukan hanya melihat kepada penghasilan sahaja tetapi tindakan pencegahan dan kawalan wabak sekiranya ianya terjadi boleh dibendung. Dengan adanya aplikasi berkaitan, risiko kepada outbreak bencana dapat dikawal, dikurang malah tidak mustahil untuk dicegah.
MANFAAT KEPADA MASYARAKAT
Aplikasi ini juga menyediakan kemudahan kepada umum untuk mengakses maklumat-maklumat yang dibenarkan. Antaranya adalah π‘†π‘‘π‘œπ‘Ÿπ‘¦ π‘€π‘Žπ‘π‘  (input bekalan pertanian, agropelancongan dan informasi), π‘€π‘Žπ‘ π½π‘œπ‘’π‘Ÿπ‘›π‘Žπ‘™, π΄π‘”π‘Ÿπ‘œ π‘ƒπ‘™π‘Žπ‘¦π‘’π‘Ÿ 𝐡𝑒𝑠𝑠𝑖𝑛𝑒𝑠 𝐢𝑙𝑖𝑒𝑛𝑑𝑠 π‘€π‘Žπ‘‘π‘β„Ž π‘ˆπ‘ dan πΎπ‘’π‘‘π‘Žβ„Ž π΄π‘”π‘Ÿπ‘œ 𝐿𝑖𝑣𝑒 π»π‘’π‘Žπ‘‘π‘šπ‘Žπ‘
PENJIMATAN TENAGA KERJA
Perkongsian maklumat dan penggunaan aplikasi, tenaga kerja yang digunakan untuk tujuan pembangunan data, pembangunan aplikasi dan penyelenggraan data dan infrastruktur dapat diminimumkan.
Hubungi Kami

Copyright 2025 Β© Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Setiuasaha Negeri Kedah