iTERNAK

iTernak

OBJEKTIF PROGRAM

Idea (iTernak) untuk mengintegrasikan data ini adalah selaras dengan kemudahan teknologi sedia ada, πΎπ‘’π‘‘π‘Žβ„Ž πΆπ‘Žπ‘ β„Žπ‘™π‘’π‘ π‘  dan teknologi hijau bagi mengurangkan penggunaan borang cetak yang banyak (π‘π‘Žπ‘π‘’π‘Ÿπ‘™π‘’π‘ π‘ ). Sistem iTERNAK ini berfungsi memudahkan pengguna dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam menjalankan proses pendaftaran kerbau lembu dan kutipan hasil dengan cekap secara sistematik.

………………………………………….

impak

Sistem iTERNAK ini berfungsi memudahkan pengguna dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam menjalankan proses pendaftaran kerbau lembu dan kutipan hasil dengan cekap secara sistematik. Penggunaan sistem iTERNAK ini secara 𝑒𝑛𝑑 π‘‘π‘œ 𝑒𝑛𝑑 oleh pelanggan untuk diakses di mana-mana dengan integrasi sistem kutipan hasil kerajaan semasa. Data yang diperolehi ini memudahkan aktiviti pengesanan maklumat dan pelaporan dijalankan dengan cepat.

Data yang dihasilkan oleh sistem ini mempunyai fungsi ketulenan data bagi tujuanΒ aktiviti penguatkuasaan dijalankan sama ada bagi tujuan kawalan penyakit danΒ keselamatan makanan. Sistem ini juga mampu mengenalpasti kepunyaan atauΒ pemilikan haiwan jika berlaku sebarang pertikaian berkaitan.Pelaksanaan iTERNAK ini mempunyai implikasi yang besar dalam penyampaianΒ perkhidmatan veterinar kepada pelanggan

Mengurangkan beban tugas kakitangan

Kaedah penulisan secara manual dan berulang-ulang untuk setiap helaian borang dan salinan pendua sangat membebankan kakitangan yang terlibat terutamanya pada musim perayaan. Penggunaan sistem ini dapat membantu meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja. Aktiviti pelaporan secara bulanan dan tahunan mudah dijana secara automatik pada bila-bila masa

Meningkatkan kecekapan kutipan hasil

Penggunaan sistem iTERNAK dengan integrasi sistem kutipan hasil kerajaan negeri membantu mengurangkan risiko ketirisan data atau kecuaian yang tidak disengajakan menerusi caj yang seragam dan dikenakan secara automatik bagi setiap permohonan. Sistem ini membantu meringankan beban tugas kakitangan teknikal di pejabat-pejabat perkhidmatan veterinar yang tiada kerani kewangan. Transaksi boleh dijalankan harian pada bila-bila masa.

Meningkatkan integriti data

Dokumen terhasil dari sistem ini adalah dokumen rasmi yang sah dan tidak boleh dipinda secara manual. Penggunaan teknologi seperti qrcode pada borang memudahkan aktiviti pengesanan dan pengesahan ketulenan data. Pemilikan ternakan dapat dibuktikan dengan jelas tanpa menimbulkan sebarang pertikaian.

few cows on pasture at sunset

Meningkatkan kecekapan aktiviti penguatkuasaan

Dokumen EPKL merupakan dokumen rasmi wajib ada bagi setiap pemilik ternakan kerbau lembu dan peniaga yang menjual daging kerbau lembu di pasaran. Penggunaan sistem ini dapat mempermudahkan dokumen untuk diakses secara atas talian dan kegagalan membuktikan dokumen tersebut memudahkan aktiviti penguatkuasaan dijalankan dengan lebih cekap

Meningkatkan kepuasan pelanggan

Penternak dan peniaga yang terlibat dengan sistem boleh membuat permohonan pendaftaran dan pembayaran bagi proses dan borang-borang yang berkenaan pada bila-bila masa di mana-mana jua tanpa mengira waktu bekerja. Ini memudahkan urusan ke dua belah pihak dan seterusnya meningkatkan kepuasan pelanggan dengan kelancaran urusan dengan kerajaan

Hubungi Kami

Copyright 2025 Β© Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Setiuasaha Negeri Kedah